Karnival Keluarga.Pada hari ini sekolah kami mengadakan sebuah karnival keluarga.
Setiap kelas dan kelab-kelab harus menyediakan sebuah gerai dan menjual minuman/makanan atau membuat sebuah permainan.
Gerai kelas saya menjual 'Mango Lassi' dan kelas HMT pula menjual rojak.
Murid-murid dan guru-guru datang awal untuk menghabiskan persiapan gerai.
Walaupun begitu, saya tidak dapat menolong kelas saya kerana saya ada 'Prefect Investiture'
pada hari yang sama.
Semua prefect menengah dua mesti menghadiri majlis ini.
Dengan ini, kami akan menjadi 'official prefects'!!:)
Abang saya dan kawannya adalah prefect di sekolah Bukit Panjang.
Mereka telah diminta mengwakili sekolah mereka dalam majlis ini.
Saya berasa amat gembira dan juga takut apabila menerima 'certificate' daripada Ms Sim.
Selepas itu saya harus menjadi ambassador untuk murid-murid darjah enam yang datang daripada sekolah-sekolah rendah yang berdekatan.
Saya dan ramai lagi harus menyuruh mereka membuat 'survey'.
Setelah itu, saya ke bilik prefect untuk berehat sebelum pulang rumah.